Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com
Sila Tonton Video Eksklusif Siaran Rancangan IKS Di RTM Berkenaan Jussulin Ini
Anda Berminat Untuk Mencuba Produk Jussulin Ini?. Info Lanjut Sila KLIK DI SINI
----[ Kod Iklan PDO004, Tempoh Tamat Iklaneka: 11/04/2013-11/05/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO005, Tempoh Tamat Iklaneka: 14/05/2013-14/08/2013]----
----[ Kod Iklan PDO006, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO0007, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
Get the Flash Player to see this player. CMK FM CMK FM
SILA KLIK STOP ATAU PAUSE PADA LOGO SPEAKER UNTUK MATIKAN RADIO INI
[Jika Anda Ingin Mendengar Video Youtube Yang Di Paparkan Di Dalam Blog Ini]

Menteri, ADUN Sarawak Naik Gaji Tiga Kali Ganda


[Gaji bulanan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik. Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. Soon koh berkata, rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lalu]. #sumber

Pesta Himpunan Suara Rakyat 505 Akan Di Teruskan


[Himpunan yang dirancang akan diadakan di Amcorp Mall Sabtu ini akan berjalan seperti yang dirancang, walaupun amaran supaya pihak penganjur tidak meneruskan acara berkenaan. "Ya, ia akan berjalan (seperti dirancang)," kata jurucakap Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin katanya ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik sebagai berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak penganjur atau hadirin yang menyertai perhimpunan parti politik pada masa akan datang. Suara Rakyat 505 merupakan gabungan 48 pertubuhan bukan kerajaan yang bergabung bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-15, 5 Mei lalu. Antara desakan yang dikemukakan oleh gabungan itu ialah peletakkan jawatan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut pilihan raya baru diadakan. Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebelum ini berkata tidak berminat untuk gulingkan kerajaan sebaliknya mereka tuntut hak demokrasi dikembalikan kepada rakyat]. #sumber

Pemuda Buat Laporan Polis Undi Dua Kali Di Kuantan


[Biarpun sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermati-matian menyangkal dakwaan boleh mengundi lebih sekali ekoran penggunaan dakwat kekal, seorang pemuda di Kuantan semalam mendedahkan bahawa beliau boleh mengundi dua kali. Mohd Fadhli Khaharruddin, mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan. “Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya dipetik akhbar bahasa Melayu versi online itu. “Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, ADUN Tg Lumpur, YB Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Malaysia, Mohd Aznel Azharudin]. #sumber

Penerokaan Hutan Pos Terisu Ikut Undang-Undang !!


Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob pada Isnin menjelaskan penerokaan tanah seluas 24 hektar di Pos Terisu, Cameron Highlands adalah mengikut undang-undang. Katanya perkara itu dilakukan selepas Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengambil alih tanah berkenaan daripada Orang Asli di kawasan terbabit, untuk dimajukan sebagai tanah pertanian. "Kalau ada pihak yang merasakan isu ini berkaitan dengan salah guna kuasa atau rasuah sila lapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)... biar mereka yang siasat dan jangan buat tuduhan semberono," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan portfolio anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri di Kuantan. Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin yang mendakwa berlaku penerokaan tanah secara haram bagi tujuan pertanian di beberapa kawasan di Pos Terisu, Cameron Highlands, Negeri Pahang.



[Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel dilapor berkata kementeriannya akan menubuhkan pasukan khas dengan kerajaan negeri bagi menyiasat isu penerokaan hutan secara haram di negara ini. Mengulas lanjut, Adnan berkata tindakan JAKOA menyerahkan tanah berkenaan kepada sebuah syarikat bertujuan memastikan pembangunan dijalankan secara teratur, selain mengelak penerokaan yang tidak tersusun oleh Orang Asli. "Syarikat berkenaan juga telah membuat bayaran kepada 55 keluarga Orang Asli terlibat setiap tahun mulai 2008," katanya . Syarikat itu membayar RM800 pada 2008; meningkat kepada RM1,800 pada 2009; RM 2,400 pada 2010 dan RM4,000 pada 2011]. #sumber

Majlis Belia Negeri Pahang Sokong Tindakan KDN !!


[Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyokong ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menghuru-harakan negara. Sehubungan itu, Pengerusinya, Khairul Amin Osman berkata, majlis itu membantah tindakan tidak bertamadun pembangkang yang berterusan mengadakan perhimpunan haram di beberapa negeri yang mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini. Beliau berkata, sebanyak 26 gabungan dalam pertubuhan itu yang mempunyai 30,000 ahli itu mengutuk usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan perhimpunan terbabit untuk meraih simpati rakyat. Tegasnya, rakyat yang diberi kuasa mengundi dalam pilihan raya umum lalu telah memilih Barisan Nasional (BN) dan perlu diterima dengan baik serta rasional oleh mereka. "Sikap yang tidak dapat menerima kekalahan dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain atas kekalahan pembangkang menampakkan kerakusan Anwar menghalalkan cara untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional]. #sumber

Suffian Akui Mereka Perlu Menguasai Media Sosial !!


[Penguasaan media sosial seperti laman sesawang dan blog sebagai medium menyampaikan maklumat penting dalam usaha memastikan setiap informasi yang disampaikan tepat dan tidak bercanggah dengan fakta. Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Mohamed Suffian Awang (foto), masyarakat terutama belia kini lebih mempercayai maklumat yang disampaikan melalui medium terbabit kerana beranggapan lebih telus dan tepat. Menurutnya, biarpun maklumat yang disampaikan melalui medium itu kebanyakannya bercanggah daripada fakta sebenar namun, masyarakat lebih berminat menggunakannya untuk mengetahui isu semasa terutama membabitkan politik.  "Jadi, sudah sampai masanya kita perlu menguasai media sosial supaya dapat menyebar maklumat tepat sekali gus menepis segala tuduhan dan isu dibangkitkan parti politik pembangkang. Mohamed Suffian berkata, bedah siasat akan diadakan untuk mengenal pasti segala kelemahan dan kekurangan sehingga gagal merampas kerusi Parlimen Kuantan serta tewas di DUN Teruntum dan Tanjung Lumpur. "Kegagalan berbuat demikian menyebabkan masyarakat terus mempercayai dakyah yang dibawa mereka  dengan mencanang maklumat untuk memburukkan kerajaan termasuk menyemai sifat membenci pemerintah sekarang. Kita telah mengenal pasti beberapa kelemahan kita antaranya berkaitan penggunaan media sosial pada tahap yang lebih optimum supaya tiada peluang dan ruang kepada pembangkang untuk menyebar dakyah serta penipuan mereka," tambah beliau lagi]. #sumber

Misteri: "Papa Gomo" Nafi Dirinya Adalah Papagomo !!


[Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'. Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada Isnin di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi. Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya. Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes. Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas. Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan dalam blognya].#sumber

Wee Ka Siong, MCA Tidak Harus Menyertai Kerajaan


[Ahli-ahli MCA yang masih terus memegang atau mengambil jawatan dalam kerajaan perlu dipecat, kata Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata keputusan parti untuk tidak mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan perlu dihormati oleh semua kerana ia melibatkan maruah dan kedudukan parti di mata masyarakat Cina. "Mereka yang masih memegang atau mahu mengambil jawatan dalam kerajaan harus dipecat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat sayap, Isnin. MCA telah terperangkap dengan keputusan untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan berikutan keputusan pilihan raya umum 5 Mei adalah lebih teruk berbanding tahun 2008. Keputusan itu adalah satu resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan agung MCA pada 2011 dan 2012. Walau bagaimanapun, pelantikan Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor telah menimbulkan kontroversi dalam parti. Tee menyertai Exco mengikut titah khusus Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu wakil Cina. Beliau mengelak sama ada pemecatan itu turut melibatkan Datuk Tee]. #sumber

Zahid, Dalang Ceroboh Lahad Datu Tidak Di Dedah !!


[Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit. "Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya. "Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya selepas lawatan kerja pertamanya ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam]. #sumber

Idris Jala Di Gesa Menyatakan Kadar Sebenar GST !!


[Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala diminta menyatakan kadar sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ekoran kekeliruan berhubung perkara itu. Anggota Parlimen Kelana Jaya daripada PKR Wong Chen berkata, dalam perbahasan Parlimen minggu lalu, kerajaan memberitahu jumlah yang dicadangkan sebanyak 4 peratus. Bagaimanapun, Idris dalam sebuah forum Jumaat lalu membayangkan kerajaan mungkin melihat kepada kadar 7 peratus, berdasarkan model Singapura. "Jika mereka benar-benar mahu mengikuti model Singapura, mereka patut bermula dengan 3 peratus, kerana Singapura bermula dengan 3 peratus," katanya. Bercakap dalam sidang media hari ini, Wong juga mengkritik kerajaan yang didakwa tidak mengambil langkah membendung rasuah dan lebihan belanja. Justeru, katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tiada hak untuk bercakap tentang GST hinggalah selesai menangani isu asas lain]. #sumber

66,000 Warga Asing "Dapat IC Di Sabah" Sejak 1963 !!


[Daripada 1963 hingga 2012, jumlah kerakyatan yang diberikan kepada warganegara asing di Sabah sebelas kali ganda lebih tinggi daripada negeri jirannya Sarawak, Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) berkaitan diberitahu. Saksi ke-63, Abu Bakar Mat yang juga Pengarah Jabatan Pendaftaran Sarawak berkata, dalam tempoh itu, seramai 5,373 orang diberikan kerakyatan di Sarawak. “Di Sabah, jumlahnya 66,000 dalam tempoh yang sama,” kata pegawai pengendali Manoj Kurup semasa prosiding di Mahkamah Tingggi Kota Kinabalu hari ini. Abu Bakar berkata, secara peribadinya, beliau merasakan negeri Sarawak adalah berbeza dengan negeri Sabah daripada aspek lokasi dan secara politik]. #sumber

Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi 25 Mei Ini


[Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya akan menganjurkan ‘Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi’ pada 25 Mei di padang Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri secara besar-besaran, diikuti siri-siri lain di seluruh negara. Katanya, pesta itu dijangka menghimpunkan rakyat dari seluruh negara agar bangkit menjadi kuasa ketiga dalam menghadapi penipuan Pilihan Raya Umum ke-13. “Himpunan itu akan berlangsung dari petang sampai malam dan kita akan dedahkan semua bukti jelas yang kita kumpulkan dari semua Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri). “Kita juga akan tampilkan saksi-saksi yang terlibat menguruskan pilihan raya, dan semua ini telah kita kenalpasti dan tapis kesahihannya,” kata Badrul yang juga Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Beliau mengingatkan pihak berkuasa dan rakyat agar tidak termakan dengan provokasi ‘perang saraf’ BN yang cuba mengambil kesempatan dari mood kemarahan rakyat. “Pesta rakyat ini tiada kena-mengena dengan menggulingkan kerajaan sebaliknya kita tuntut kembalikan hak rakyat dengan cara paling demokrasi. Kita akan beri penerangan yang jelas kepada rakyat. “Segalanya terkawal, rakyat boleh datang tanpa rasa takut, semua bukti akan kita tampilkan dalam bentuk audio-visual, anda datang dan lihat sendiri,” katanya sambil menyifatkan pesta itu akan menjadi salah satu cara paling baik bagi rakyat sampaikan kasih sayang kepada negara ini]. #sumber

MB, Exco Baharu Mampu Beri Perkhidmatan Terbaik!


[Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata lima muka baharu yang dilantik anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang diyakini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Beliau berkata mereka diberikan portfolio yang mereka mempunyai pengalaman luas. "Semua ada pengalaman yang luas...contohnya Datuk Burn (Abu Bakar Harun)...beliau dah berapa lama dalam Felda, tahu apa yang dimahukan oleh peneroka, Datuk Shahaniza (Shamsuddin), yang memegang portfolio pembangunan wanita, mempunyai pengalaman luas sebagai Puteri Umno. "Begitu juga Syed Ibrahim (Syed Ahmad), yang memegang portfolio dakwah, bertahun-tahun berpengalaman sebagai penceramah bebas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco di Kompleks Yayasan Pahang di sini Isnin. Dua lagi muka baharu ialah Datuk Mohd Johari Hussain yang memegang portfolio Belia dan Sukan dan Norol Azali Sulaiman, portfolio Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas. Mengenai peningkatan wakil pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri, Adnan berkata kerajaan negeri yang diwakili oleh BN tidak tergugat dengan keadaan itu. "Situasi ini pernah berlaku sebelum ini...apa yang penting kita dapat menjalankan tugas kita dengan baik kepada rakyat," kata beliau]. #sumber

Zahid: Lim Guan Eng Harus Mohon Maaf Kepada Saya


[Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya memohon maaf kepada beliau kerana telah memular-belitkan kenyataannya mengenai pihak yang tidak menerima sistem pilihan raya di negara ini perlu berhijrah ke negara yang mempunyai sistem bersesuaian dengan mereka. “Beliau telah menyalah tafsir kenyataan saya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri di sini, Isnin. Ahmad Zahid juga berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu. Lim yang juga Ketua Menteri P.Pinang meminta Ahmad Zahid memohon maaf kepada rakyat dan menarik balik atas kenyataannya sebelum Parlimen bersidang]. #sumber

Dua Lagi Maut Kemalangan Ngeri Di Hulu Selangor !!


[Belum sampai 24 jam selepas kemalangan maut di MRR2 petang semalam, Hari ini, satu lagi kemalangan kemalangan melibatkan sebuah lori dengan sebuah kereta di Jambatan Sungai Rening, Jalan Rasa ke Kuala Kubu Bharu, Selangor pada jam 10.44 pagi ini. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Menurut komander operasi PBK II Aminudin Bin Derani (BBP Kuala Kubu Bharu), terdapat lima orang mangsa dan dua daripadanya maut ditempat kejadian. Manakala dua orang daripadanya cedera parah diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut manakala seorang pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan]. #sumber
Tempahan T-Shirt Eksklusif PDO 2013 dibuka skrg. Sila INBOX kami, sertakan Nama, Alamat, No.H/P dan Saiz. Harga tidak termasuk urusan pos. Tambahan RM5 (Semenanjung Malaysia) dan RM10 (Sabah & Sarawak). Tempahan melebihi du helai ke atas akan diberikan diskaun istimewa. Cepat, sementara stok masih ada. Sila Like Facebook PDO untuk inbox tempahan anda sekarang !!

Roadshow 'Bengkel Asas Blogger' Di Kuantan 26 Mei !


[Satu "Bengkel Asas Blogger" akan diadakan di Kuantan pada hari Ahad, 26 Mei 2013 ini. Bengkel selama satu hari itu akan dikendalikan oleh Blogger Cucumatkilau (CMK) yang mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam bidang terbabit. Peserta adalah terhad kepada 10 orang yang terawal sahaja. Menerusi bengkel ini peserta akan diajar tentang teknik dan tektik membuat blog cara mudah "Try & Error", bagaimana untuk mengemaskini, cara memasukkan pelbagai jenis widget ke dalam blog, bagaimana untuk mempopularkan dan menceriakan blog serta yang paling menarik rahsia menjana pendapatan menerusi blog. Apa yang penting semua peserta akan membawa pulang blog masing-masing dan boleh terus menggunakan blog terbabit untuk tujuan masing-masing. Roadshow bengkel ini akan diadakan ke seluruh negara mulai bulan Jun 2013 ini nanti. Justeru kepada mana-mana pihak termasuk parti politik, NGO, kelab dan persatuan atau pun orang perseorangan yang ingin mengadakan bengkel di lokasi masing-masing perlulah mempunyai peserta sekurang-kurangnya seramai 15 hingga 20 orang. Bengkel terbuka kepada semua pihak yang berminat. Kepada anda yang ingin menyertai Bengkel Asas Blogger Siri I di Kuantan, sila SMS Nama & Alamat ke 012-385 4400 untuk dihubungi. Yuran penyertaan hanyalah RM80 sahaja].

Adnan Umum Portfolio Exco Kerajaan Negeri Pahang


[Menteri Besar Pahang mengumumkan Portfolio bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Penggal ke-13 DUN Pahang hari ini. Portfolio yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:- Dato' Sri Di Raja Haji Adnan Bin Haji Yaakob (Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran, Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian, Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan, Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan, Sistem Penyampaian Awam dan Jawatankuasa Khas Perpaduan),Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan), Dato' Mohd Soffi Abd Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar), Dato' Wan Rosdy Wan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran), Dato' Shafik Fauzan Sharif (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani), Dato' Shahiruddin Ab Moin (Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan), Dato' Abu Bakar Harun (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda), Dato' Mohd Johari Hussain (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan),   Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas), Dato' Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia)  dan Syed Ibrahim Syed Ahmad(Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas)]. #sumber

Auntie Ah Mie Mohon Perkenan Agong Tutup Lynas !


[Puan Tuw Yin Lan (Auntie Ah Mei),71, individu yang dikatakan mengadakan mogok lapar sejak 25 hari lalu telah bersusah payah meredah perjalanan yang jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah di Istana Negara hari ini. Beliau difahamkan berbuat demikian bagi merafak sembah untuk menyampaikan hasrat rakyat Pahang berkenaan isu Kilang Lynas. "Keputusan kemenangan wakil calon PAKATAN RAKYAT di PRU-13 di Parlimen  Kuantan, Parlimen Indera Mahkota serta ke semua Dewan Undangan Negeri di  bawahnya membuktikan majoriti Rakyat Tuanku menentang operasi Kilang LYNAS di  Kuantan Pahang. Hari ini adalah hari yang ke-25 Patik melaksanakan Mogok Lapar. Patik tidak  menjamah satu makanan pun sehingga ke hari ini sebagai bukti kesungguhan Patik  untuk mendesak pihak yang berkenaan khususnya Kerajaan Pusat dan Kerajaan  Negeri Pahang untuk menutup Kilang LYNAS ini. Malah Patik sudah bersedia untuk  mengorbankan nyawa Patik jika pengorbanan ini membawa seribu makna kepada perjuangan rakyat Tuanku selama lebih 3 tahun ini untuk menutup kilang yang pasti akan membunuh kesemua anak dan keturunan kami ini jika berlaku apa-apa kebocoran dan kemalangan. Patik harap Tuanku dapat mengambil satu tindakan untuk mendesak pimpinan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang menutup kilang itu dengan seberapa segera", kata kenyataannya]. #sumber

Tindakan Tegas Terhadap Peserta Himpunan Haram


[Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak akan ada lagi amaran terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan perhimpunan yang boleh mengganggu keamanan dan kestabilan di negara ini. "Waktu untuk amaran sudah berakhir... tindakan tegas akan diambil," katanya, sambil menambah bahawa "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati" dan maka adalah wajar dengan melakukan tindakan segera. Dr Ahmad Zahid berkata demikian ketika dihubungi berhubung kejadian perhimpunan haram di seluruh negara yang mengecam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan penangkapan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim baru-baru ini atas dakwaan kenyataan berbaur hasutan dibuat pada forum 13 Mei di Kuala Lumpur]. #sumber

Musykil: BN Nafi 'Pengundi Bangla' Yang Di Tangkap !!



[Pendedahan penyokong UMNO Barisan Nasional (BN) atas tajuk "Menolak Pembohongan Pakatan Rakyat Siri-4" berkaitan dengan pengundi hantu di Terengganu semasa Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini cukup meragukan. Dalam pendedahan tersebut, secara jelas mereka (BN) menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa beberapa orang pengundi yang didakwa "pengundi hantu" dan "Bangla" telah ditangkap ketika hari pengundian baru-baru ini  sebenarnya ialah pelajar Universtiti Malaysia Terengganu (UMT). Menurut kenyataan itu, mereka adalah pengundi yang sah namun telah di maki hamun oileh penyokong Pakatan Rakyat hanya kerana mereka berkulit gelap yang menyerupai warga Bangladesh di Malaysia. "Hanya kerana mereka berkulit gelap.. hak kerakyatan mereka dinafikan.. yang kulit putih tu benar-benarkah rakyat Malaysia?. Sebabnya ada 50,000 yang berkulit cerah 'hilang' di Malaysia", dakwa kenyataan itu. Namun timbul persoalan, jika mereka pelajar UMT maka kenapa mereka boleh mengundi?. Malah, kenapa mereka itu tidak dinamakan sebagai penduduk tempatan?. Bukankah ia timbulkan banyak spekulasi dan kemusykilan sebenarnya]. #sumber

Taktik Kotor SPR Menangkan BN Di Perak Terbongkar

Wakil Rakyat Dan NGO Sepakat Bantah Projek Lynas!


[Pakatan Rakyat Parlimen Kuantan bersama wakil rakyat DUN Teruntum (YB Sim Chong Siang), DUN Beserah (YB Andansura Rabu) dan DUN Semambu (YB Lee Chean Chun) telah mengadakan sidang media untuk terus menentang projek Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan. Sidang media yang diketuai oleh YB Fuziah Salleh itu turut disertai beberapa buah NGO anti Lynas seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Himpunan Hijau dan Stop Lynas Colition (SLC). Mereka sebulat suara bertekad akan terus mendesak kerajaan UMNO BN untuk menghentikan operasi kilang Lynas demi masa depan rakyat Kuantan]. #sumber

Pereka Fesyen Terkenal, Calvin Khoo Masuk Islam !!


[Berita panas yang baru diterima ialah berkenaan seorang pereka fesyen terkenal yang memeluk agama Islam petang semalam. Beliau ialah, Calvin Khoo seorang pereka fesyen yang sudah lebih 17 tahun di dalam industri itu, malah beliau juga  mempunyai label jenamanya sendiri. Beliau sentiasa dipilih menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb. Alhamdulillah... Calvin Khoo telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan juga YB Ustaz Solihin Mokhyi]. #sumber

Anak Teraniaya Di Vietnam, "Imej AirAsia" Tercalar !!


[Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia. Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9.00 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak. Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut. Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain. Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak pantau tahap kesihatan Maryam apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan]. #sumber

Akta Hasutan, Adam Adli Boleh Di Penjara 20 Tahun


[Peguam kepada Adam Adli, Eric Paulsen berkata polis menyiasat aktivis siswa tersebut mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan. Paulsen berkata, polis menyatakan bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan “menjejaskan demokrasi berparlimen”, yang kini merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan, berkuatkuasa akhir tahun lalu. Paulsen berkata peruntukan berkenaan terlalu umum. Adam disiasat atas kenyataan yang dibuat dalam satu forum awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei. Beliau dan beberapa pemimpin lain dalam perhimpunan tersebut antara lainnya menggesa orang ramai untuk mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya. Siasatan juga dijalankan berdasarkan satu laporan Free Malaysia Today, memetik penganjur perhimpunan, bahawa mereka akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk “mengguling kerajaan”. Kesalahan mengikut Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun. Majistret Muslinda Mohd mengarahkan Adam ditahan reman selama lima hari setelah mengambil kira bentuk kesalahan tersebut, kata Paulsen]. #sumber

Video Kemalangan MRR2 Petang Semalam Tersebar !


[Empat maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Bukit Antarabangsa petang ini. Kemalangan berlaku pukul 5.30 petang melibatkan masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Viva, Proton Satria, Suzuki Swift dan sebuah motosikal. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa, mengalami kegagalan brek seterusnya menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang. Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang. Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang. Manakala seorang penunggang motosikal turut cedera dan dirawat di Hospital Ampang]. # sumber

Serangan Di Labis, Orang Ramai Di Gesa Tidak Panik


[Penduduk Johor khususnya di Segamat diminta tidak panik dengan insiden serangan yang berlaku di pekarangan Balai Polis Labis kelmarin kerana pergaduhan itu sebenarnya berpunca daripada salah faham antara dua sahabat baik. Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim, serangan yang dilakukan lima lelaki bersenjatakan parang sehingga mencederakan tiga termasuk seorang anggota polis itu tidak mempunyai kaitan dengan perselisihan faham antara kaum atau kumpulan kongsi gelap. Beliau berkata, hasil siasatan lanjut pihak polis, anggota polis dan rakannya dipercayai telah membuat kacau di kedai salah seorang daripada lima suspek pada pukul 3.00 pagi dan 10.00 pagi kelmarin. "Kejadian serangan itu merupakan rentetan daripada dua kejadian tersebut. Malah siasatan juga mendapati anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bakri, Muar itu dahulunya rakan baik kepada salah seorang suspek dan telah berlaku salah faham antara mereka. "Ini merupakan kes terpencil yang melibatkan perselisihan faham antara anggota polis dan orang awam berhubung masalah peribadi dan tiada kaitan dengan ketegangan kaum," katanya semalam]. #sumber

Menghasut: "Adam Adli Bakal Di Reman" Lima Hari !!


[Aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang mengesahkan perkara itu memberitahu, bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang majistret di Balai Polis Jinjang tengah hari ini. "Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya ketika dihubungi. Sementara itu Sepasukan polis semalam membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu. Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang. Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut. Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari. Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar 20 minit kemudian]. #sumber

Badminton: Taiwan "Aibkan Malaysia" Di Bukit Jalil !!


[Malaysia memulakan kempen badminton Piala Sudirman dengan langkah sumbang selepas diaibkan 3-2 oleh pasukan bukan pilihan, Taiwan dalam aksi sulung Kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini. Kekalahan mengejut pasangan No. 3 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadi pembuka jalan kepada kekalahan pasukan negara, yang turun dengan status sebagai pilihan ketiga serta calon untuk melangkah ke separuh akhir. Kien Keat-Boon Heong tunduk 18-21, 18-21 kepada beregu No. 22 dunia, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin, sebelum Sonia Cheah menjadikan kedudukan 0-2 buat Malaysia apabila tewas mudah 7-21, 13-21 kepada Tai Tzu Ying dalam perseorangan wanita. Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menghidupkan harapan Malaysia dengan merapatkan kedudukan 2-1 selepas menumpaskan Yang Chih Hsun 21-8, 21-13 tetapi kekalahan 17-21, 19-21 beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei kepada Cheng Wen Hsing-Hsieh Pei Chen gagal menyelamatkan Malaysia. Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengutip mata saguhati pasukan negara selepas dipaksa berhempas pulas menumpaskan Lu Ching Yao-Lai Chia Wen 25-23, 21-11. Malaysia masih mempunyai harapan untuk mara ke suku akhir jika menewaskan Jerman dalam aksi terakhir Kumpulan C, Selasa ini. Jika gagal maka harapan Malaysia berkecai]. 

Karpal Beri Amaran Tunku Aziz Henti Serang DAP !!


[Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah. "Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti. "Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi. "Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad. Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas. Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had. Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan pemimpin itu.  "Bawa beliau ke mahkamah perkara terakhir yang akan dilakukan," katanya]. #sumber

Lim Kit Siang Selar KPN Baru Di Dakwa Berat Sebelah


[Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana didakwa bersifat berat sebelah dalam menyiasat kenyataan berbaur hasutan. Menurut beliau, walaupun banyak laporan polis dibuat, polis masih belum mengambil tindakan terhadap bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berhubung kenyataan yang didakwa bersifat perkauman itu. "Namun Khalid mahu menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan mendakwa kami terlibat dalam konspirasi untuk mewujudkan huru-hara pada pilihan raya umum," kata Lim. Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian selepas melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menjalani pembedahan memotong kakinya berikutan komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang di Georgetown hari ini]. #sumber

Panas: Hutan "Cameron Highlands" Di Ceroboh Lagi !!

Aktiviti pembersihan tanah mapan berterusan pada skala yang mengejutkan di Cameron Hihglands, dengan kawasan hutan yang dianggarkan berkeluasan beberapa saiz padang bola sepak ditebang bagi memberi laluan kepada penukaran projek pertanian. Sebahagian besar kerja-kerja pembersihan tanah itu berlaku jauh daripada pandangan awam. Aktiviti pembersihan hutan yang berlaku berhampiran dengan Pos Terisu itu dianggarkan membabitkan sekurang-kurangnya empat bukit dan lembah. Sesetengah daripadanya tidak lagi menyerupai bukit apabila puncaknya mula diratakan bagi memudahkan petani menanam sayur-sayuran. Tinjauan mendapati pekerja mengendalikan mesin pada hujung minggu walaupun tindakan itu adalah sesuatu yang dilarang. Hakisan yang berlaku juga menjejaskan banyak sungai, dengan air yang mengalir perlahan akibat saluran tersumbat apabila kelodak masuk ke dalam sungai. Proses penggondolan hutan itu juga dilakukan di kawasan yang mempunyai cerun yang sangat curam yang boleh akibatkan tanah runtuh sekiranya hujan. Buktinya jalan yang menghala ke kawasan ini dipenuhi dengan lubang-lubang besar malah terdapat juga bahagian yang telah pun runtuh.


 Presiden Persatuan Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, aktiviti pembersihan bukit di kawasan itu mula dilakukan dalam tempoh kurang daripada sebulan yang lalu yang menjangkau lebih 40 hektar. Katanya, beliau telah buat tinjauan beberapa kali ke kawasan itu dan mendapati aktivinya makin dipercepatkan semasa pilihan raya umum lalu. "Kakitangan Pejabat Tanah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini jadi penyebab pihak terbabit bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu, termasuk membawa masuk jentera berat yang dilarang," katanya, sambil menambah bahawa sebanyak tiga jengkaut dan 20 buah traktor dikesan berada di satu kawasan. sumber

[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan amat mengecewakan rakyat Pahang secara keseluruhannya. Mereka hairan, kenapa pihak berkuasa gagal memantau dengan berkesan aktiviti pencerobohan tanah secara haram ini?. Sedangkan mereka yang menceroboh ini menggunakan berbagai jentera berat untuk tujuan tersebut. Mana mungkin Pejabat Tanah & Daerah Cameron Highlands tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu. Kemungkinan besar pihak yang mencuri telah mendapat perlindungan daripada pihak-pihak tertentu lantaran itulah mereka terlalu berani menjalankan aktiviti tersebut biar pun telah beberapa kali didedahkan. Penguatkuasaan yang lemah serta adanya amalan rasuah menyebabkan aktiviti seperti ini amat sukar dibendung. Selagi mereka yang terlibat tidak dibawa ke muka pengadilan maka selagi itulah mereka akan bermaharajalela seolah-olah tanah dan hutan di negeri ini adalah hak milik "mak bapak" mereka. Inilah realiti yang berlaku di seluruh negeri Pahang sekarang!].

Mesyuarat Kabinet PM Najib Langgar Perlembangaan


[Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa mesyuarat pertama kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam adalah tidak sah malah melanggar protokol dan juga undang-undang. Menurut beliau, ini kerana terdapat dua orang menteri dan tiga timbalan menteri tidak sah dalam kabinet Najib itu kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator. Dua menteri itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar manakala timbalan menteri pula adalah Waytha Moorthy, Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. “Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya. “Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi angkat sumpah sebagai Senator,” katanya di sidang media semalam]. sumber

Felda Cadang Bina Pangsapuri Untuk Generasi Kedua


[Selepas membina rumah jenis berkembar, teres dan banglo, Felda kini bercadang membina unit kediaman jenis pangsapuri untuk ditawarkan kepada peneroka generasi kedua tanah rancangan itu. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata usaha di bawah projek 'Sentuhan Kasih Felda' itu adalah bagi meningkatkan bilangan unit rumah yang akan ditawarkan kepada peneroka. "Saya telah minta bahagian perumahan di Lembaga Felda untuk membuat kajian mengenai perkara ini dan membuat rekaan bagi pangsapuri yang akan dibina untuk kita membuat lebih banyak lagi unit rumah. "Kita belum putuskan bila akan laksana tapi kita bercadang untuk membuat secepat mungkin supaya lebih ramai generasi kedua Felda memiliki rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Penghijauan Bumi' anjuran Tesco Stores Sdn Bhd di Dataran Sri Jempol, di sini, Sabtu. Mohd Isa, yang juga anggota Parlimen Jempol, berkata pembinaan kediaman jenis pangsapuri akan membolehkan Felda menawarkan lebih banyak unit rumah berbanding kediaman jenis lain terutama bagi kawasan keluasan tanah yang kecil. Katanya, pembinaan pangsapuri itu nanti akan mengguna pakai sistem binaan berindustri (IBS) sekali gus membolehkan unit-unit rumah ditawarkan pada harga yang lebih murah. "Selain itu kita akan pastikan rumah itu selesa, lengkap dengan kemudahan seperti taman dan sebagainya untuk keselesaan penghuni serta menyediakan aspek keselamatan," katanya. Mengenai program penghijauan bumi itu, beliau berkata ia bertujuan mendidik masyarakat setempat mengenai kepentingan memelihara dan penjagaan alam sekitar]. sumber

Forum 13 Mei: Aktivis Pelajar, Adam Adli Di Tahan !!


[Aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim telah ditahan pada Sabtu berhubung penglibatan beliau dalam forum 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan. Adam telah ditangkap di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan. Peguam Latheefa Koya berkata, beliau ditahan di Bangsar dan dibawa ke balai polis Jinjang. Pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut mengenai penahanan beliau, katanya. Adam Adli sebelum ini menjadi tajuk utama akhbar apabila menurunkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 17 Disember 2011. Beliau sebelum ini telah digantung daripada Universiti Pendidikan Sultan untuk Idris selama tiga semester]. sumber

Hoyer Larsen Di Pilih Sebagai Presiden Baharu BWF !


[Bekas juara Olimpik, Poul-Erik Hoyer Larsen dipilih sebagai Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam mesyuarat pemilihan hari ini. Hoyer Larsen, Presiden Konfederasi Badminton Eropah itu memperoleh 145 undian untuk menewaskan pencaranya dari Indonesia, Justian Suhadinata yang mendapat 120 undian. Gustavo Salazar Delgado dari Peru pula menewaskan penyandang jawatan, Paisan Rangsikitpho dari Thailand untuk menduduki jawatan Timbalan Presiden]. 

Bola, Ramai Kecewa Permainan Rosfaizul Malam Tadi


[Ramai peminat bolasepak Pahang menggesa Dollah Salleh merehatkan dulu penjaga gol pasukan Tok Gajah iaitu Rosfaizul Azuar Ali agar beliau lebih berkeyakinan pada perlawanan yang akan datang. Ini berikutan beberapa kesilapan berbahaya yang dilakukannya telah menyebabkan Pahang hampir dimalukan oleh pasukan Lions XII di Stadium Darul Makmur malam tadi. Pada perlawanan semalam, kegagalan Rosfaizul membaca tendangan percuma yang tidlihat tidak terlalu berbahaya oleh Shahril Ishak menyebabkan Pahang ketinggalan 0-1 di awal permainan separuh masa pertama. Rosfaizul sepatutnya tidak bergerak terlalu awal hingga dapat dibaca oleh pemain Lions XII itu. Malah, kegagalan Rosfaizul menangkap kemas beberapa percubaan pasukan dari Singapura itu juga telah menyebabkan pemain Pahang berada dalam keadaan yang tidak tenang ketika di Padang. Apapun, mujurlah jaringan Azamuddin Akil menjadi penawar kepada para peminat bolasepak Pahang yang berbondong-bondong membanjiri stadium malam tadi. Jika tidak gol pada minit terakhir itu, maka sudah pasti peminat akan lebih kecewa dengan pasukan Pahang. Justeru, Dolah Salleh perlu memberi ruang kepada seorang lagi pemain Pahang Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid untuk beraksi pada perlawanan akan datang. Bagi mereka jika Rosfaizul menyajikan permainan sebegitu rupa maka sudah pasti harapan Pahang untuk mara seterusnya akan sedikit berliku. Apapun, kedudukan 1-1 malam tadi amat bermakna buat pasukan Pahang. Dollah perlu bijak buat percaturan pemain pada masa akan datang agar tidak kecewakan para peminat].

Liga Super: Pahang Hanya Seri 1-1 Dengan Lions XII !


[Pasukan Pahang sekali lagi menyiksa hati ribuan peminat bolasepak yang berada di Stadium Darul Makmur, Kuantan apabila berjaga mengikat kedudukan 1-1 di minit terakhir masa tambahan ketika bertemu pasukan Lions XII dalam perlawanan Liga Super 2013 malam tadi. Pahang yang dikejutkan dengan jaringan gol menerusi tendangan percuma di awal minit pertama dilihat begitu menguasai permainan pada babak kedua perlawanan. Namun, kekentalan pertahanan dan ketangkasan penjaga gol Lions XII berjaya menyelamatkan pasukan terbabit. Apapun jaringan yang dibuat oleh Azamuddin Akil (Alex) begitu menceriakan peminat yang sebahagian besarnya sudah pun keluar dari stadium ketika melihat kesudahan perlawanan Pahang pasti tewas 0-1 kepada pasukan dari Singapura itu. Persoalannya, wajarkah Jurulatih Pahang iaitu Dollah Salleh memasukkan "ayam tambatan"  Fauzi Roslan pada minit-minit terakhir separuh masa kedua?. Inilah yang mengelirukan peminat sebenarnya. Malah, ramai juga yang kecewa dengan permainan penjaga gol pasukan Pahang. Beliau dilihat telah melunturkan semangat rakan-rakan yang lain apabila beberapa kali terlepas bola dari tangkapannya. Mujurlah, penyudah oleh pemainan Lions XII tidak mengenai sasaran. Apapun, syabas dan tahniah kepada pasukan Pahang yang berjaya tidak mengecewakan peminat yang membanjiri stadium malam tadi. Setidak-tidaknya mereka boleh tidur lena dengan kedudukan seri itu. Apa pun, Bravo Tok Gajah !].

Khairy: Saya Menteri Belia Dan Sukan Untuk Semua !


[Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengajak semua pihak untuk melihat kehadapan dan berhenti mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi mengalas mandat yang telah diberi rakyat. Beliau yang melapor diri hari pertama sebagai Menteri Belia dan Sukan (KBS) hari ini turut berkata, semua pemimpin yang dipilihan jangan ada rasa untuk membalas dendam dan mengalas tanggungjawab tanpa prejudis. "Saya juga harap pembangkang akan terima keputusan PRU13, kerana rakyat dan negara perlu bergerak kehadapan, kalau ada perkara yang tidak dipersetujui bawa ke mahkamah. "Jangan heret rakyat ke dalam fasa memecah belahkan rakyat untuk tujuan politik, sudah tiba masanya untuk lihat ke hadapan dan lakukan transformasi," katanya pada sidang media selepas beramah mesra bersama kakitangan KBS. Beliau berkata, pemilihannya sebagai menteri bukan hanya untuk berkhidmat kepada satu pihak sahaja tetapi untuk semua rakyat tanpa mengira ideologi. "Saya jemput semua badan belia yang berdaftar secara langsung dibawah KBS, atau tidak untuk bersama-sama saya berkongsi idea dan pandangan. "Saya juga tidak ada masalah untuk berdialog dengan mana-mana belia yang menyertai politik, saya akan tulis surat kepada mereka bahawa saya sedia dengar suara mereka. "Saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua," katanya yang turut menegaskan bahawa beliau menteri untuk semua]. sumber

Panas: JAIS Sahkan Shah Jaszle Di Tangkap Khalwat !


[Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan pelakon Shahrizal Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri Subang di sini awal pagi Khamis. Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas. "Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya. Shahrizal ditahan pada pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awadan jika disabitkan bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Maria Farida dan Miera Leyana namun hubungan mereka tidak bertahan lama. Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen pelakon itu gagal apabila Shahrizal dilihat  tidak menjawab panggilan yang dibuat sejak malam tadi]. sumber

Panas: Foto Mukhriz Jadi Iman Solat Jadi Pertikaian !


[Ini bukanlah satu babak dari mana-mana drama TV atau sebagainya. Tapi ia adalah gambar "candid" yang diambil oleh seorang individu ketika Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir mengimamkan solat di sebuah surau di negeri itu. Apapun, apa yang dilakukan oleh Mukhriz ini adalah sesuatu yang baik untuk umat Islam. Maka tidak perlulah mana-mana pihak terutamanya penyokong pembangkang mengutuk dengan berbagai komentar terhadap gambar itu di media sosial facebook sekarang ini. keikhlasan dan kejujuran itu adalah hak Allah. Siapalah kita sebagai manusia untuk membuat kutukan apabila ada pemimpin UMNO yang bertindak begini. Jika mereka bersosial, maka berbagai kritikan diberikan tapi bila mereka mengerjakan kebaikan seharusnya kita berlapang dada untuk menerimanya. Apa yang dilakukan oleh Mukhriz ini adalah lebih baik dari ramai pemimpin UMNO yang tidak mampu berbuat demikian. Bila MB ajak bersolat, maka cuba lihat anak-anak buah dibelakangnya terpaksa ikut sama. Inilah yang sepatutnya diamalkan oleh semua pemimpin. Jangan hanya berpolitik sepanjang masa tanpa sedar siapakah kita di muka bumi ini sebenarnya. Maka eloklah kita berpalang dada melihat senario seperti ini. Tak sabar rasanya menunggu MB Pahang pula jadi iman solat!. Ubahlah demi umat Islam]. sumber

PKR "Mengecam" Pertuduhan Terhadap Nik Nazmi !!


[PKR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan ke atas Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dibawah Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana anjurkan perhimpunan "Blackout 505" di Stadium Kelana Jaya, 8 Mei lalu. Naib Presiden PKR, N.Surendran berkata tindakan itu nyata menyalahi peruntukan artikel 10 kerana perhimpunan dilakukan secara aman tanpa insiden tak diingini]. sumber

Nik Nazmi Di Dakwa Anjurkan Perhimpunan Haram !!


[Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas dakwaan gagal memberi notis 10 hari lebih awal kepada pihak polis sebelum menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Kelana Jaya dekat sini pada pukul 8.30 malam pada 8 Mei lalu. Nik Nazmi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Rozina Ayob. Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik. Nik Nazmi didakwa di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan berhadapan dengan denda maksimum RM10,000 jika didapati bersalah. Timbalan Pendakwa Raya II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mewakili pasukan pendakwaan. Mahkamah tetapkan 4 Jun sebutan kes]. sumber

Saifuddin: Gabung PAS-UMNO Tidak Satukan Melayu


[Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan penyatuan Pas dan UMNO bukan cara untuk menyelesaikan masalah perpecahan kaum Melayu seperti yang didakwa segelintir pihak. Menurutnya, perbezaan parti politik yang menjadi amalan rakyat tidak memberi impak kepada perpecahan kaum khususnya orang Melayu serta bangsa Malaysia. Beliau berkata, amalan demokrasi yang memberikan pilihan kepada rakyat memilih parti politik di negara ini bukan penyumbang kepada perpecahan kaum. "Dalam soal penyatuan orang Melayu kenapa perlu bangkitkan isu penyatuan politik, dalam demokrasi berbeza parti bukan bermakna perpecahan. "Cuma kita kena pandai kempenlah, yang ini pandai (dia) menang, yang seorang ini pula tak pandai, tak menang, terima sajalah, ini hakikat demokrasi," ujar beliau. Namun katanya, jika perkara membabitkan soal perpaduan dan penyatuan orang Melayu ini diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak, maka pihak itu harus ditentang sekeras-kerasnya. "Tetapi kalau ada tokoh politik yang hendak memecah-belahkan, itu bab lain, kita akan tentang habis-habisan," katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-20 di Shah Alam]. sumber

PRU13: Pakatan Rakyat Cipta Sejarah Baru Di Pahang


[Walaupun gagal untuk mengambilalih tampuk kuasa pemerintahan negeri Pahang daripada UMNO Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu, namun Pakatan Rakyat dilihat berjaya melebarkan sayap mereka di negeri ini. Jika dulu mereka hanya menang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Parlimen Indera Mahkota, Parlimen Kuantan dan DUN Triang, DUN Tras, DUN Beserah dan DUN Semantan, kini Pakatan Rakyat dilihat semakin berpengaruh di Pahang sebenarnya. Secara rasminya, setiap parti dalam pakatan iaitu PAS, DAP dan PKR telah berjaya menang di kerusi Parlimen dan DUN. PAS (1 Parlimen 3 DUN), PKR (2 Parlimen 2 DUN) dan DAP (1 Parlimen 7 DUN). Melihat kepada pencapaian ini, maka ia boleh dikira yang terbaik dalam sejarah perjuangan pembangkang di Pahang sejak sekian lama sebenarnya. Apapun, PDO ucapkan selamat bersidang kepada semua wakil rakyat yang dipilih. Semoga suara mereka lebih bergema lagi di Sidang Dewan Udangan Negeri Pahang dan juga Dewan Rakyat hendaknya selepas ini. Suara Rakyat Suara Keramat!]. PDO

PR Berjaya Kuasai Pusat Pentadbiran Negeri Pahang


[Ramai pihak sebenarnya yang terkejut dengan kejayaan besar yang diperolehi oleh dua calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di kawasan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bandar Kuantan. Kejayaan Fuziah Salleh menewaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Muhammad Suffian Awang dengan majoriti 4,515 undi jelas sekali membuktikan bahawa rakyat Kuantan sebenarnya sudah tidak yakin lagi kepada Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib mereka. Fuziah mendapat majoriti undi yang jauh lebih tinggi ketika beliau mengalah Datuk Fu Ah Kiow pada PRU-12 lalu (1,826 undi). Kemenangan ini bermakna, BN mungkin tidak punyai ruang lagi untuk merampas semula kerusi Parlimen Kuantan daripada Pakatan Rakyat. Kejayaan Fuziah kali ini diperkuatkan lagi dengan kemenangan di dua DUN dalam parlimen terbabit iaitu DUN Teruntum dan DUN Tanjung Lumpur. Pada PRU-12 dulu, ramai yang mengatakan Fuziah dimenangkan kerana ramai penyokong BN terutaman kaum Melayu memangkah beliau. Dia tewas dikesemua DUN dalam parlimen itu. Tapi senario kali ini jauh berbeza dan tersasar dari ramalan ramai pemerhati politik di Pahang ini sebenarnya. Sementara itu, Dato' Fauzi Abdul Rahman pula mencipta sejarah baru apabila menang di kerusi Parlimen Indera Mahkota diketika karier politiknya sudah menghampiri penghujung. Beliau sebelum ini telah tiga penggal menjadi wakil rakyat di kawasan itu ketika Indera Mahkota berada di bawah Parlimen Kuantan. Apapun kemenangannya dengan majoriti 7,523 undi terhadap Dato' Wan Adnan Wan Mamat jelas sekali membuktikan pengaruh beliau masih kuat di situ. Lebih manis lagi apabila Pakatan Rakyat juga menyapu bersih kedua-dua kerusi DUN di parlimen itu iaitu Semambu dan Beserah. Syabas kepada Pakatan Rakyat kerana mereka berjaya kuasai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang]. PDO

UMNO Maran Punyai Wakil Dalam Kabinet Dan Negeri


[Buat pertama kali dalam sejarah, UMNO Bahagian Maran mempunyai dua orang wakil di kabinet persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang. Sebelum ini diperingkat persekutuan, UMNO Maran pernah mempunyai wakil tetapi sekadar Setiausaha Parlimen iaitu ketika Dato' Mohamad Abdullah menjadi Ahli Parlimen Maran. Kini, selepas masuk penggal ketiga menjadi Ahli Parlimen Maran, Dato' Ismail Muttalib telah diangkat menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia. Ia merupakan satu kebanggaan buat warga Maran sebenarnya. Ismail yang berusia 59 tahun merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Wakil Rakyat Barisan Nasional (BNBCC) dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Maran selepas kematian Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak. Beliau merupakan bekas anggota perkhidmatan awam yang sudah bertugas dibeberapa buah agensi kerajaan di negeri ini. Pemegang ijazah sarjana B.A. (Hons) dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini  dilahirkan pada 1 Januari 1954 di Kampung Pantai Cenor, Maran, Pahang. Sementara itu Dato' Shahaniza Shamsuddin pula adalah seorang lagi wakil UMNO Bahagian Maran yang mendapat tempat di peringkat negeri. Beliau baru sahaja dilantik sebagai salah seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang yang baru.  Shahaniza mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sekara, Chenor, Pahang, dan pendidikan menengah di Kolej Islam Klang. Setelah menamatkan pengajian matrikulasi undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau telah diterima sebagai pelajar di Fakulti Undang-Undang UKM, dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian Kelas Dua Atas pada tahun 1993. Apapun, PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua pemimpin terbabit atas kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti UMNO BN]. PDO

UMNO Jerantut Tiada Wakil Kabinet Dan Exco Kali Ini


[DS Najib telah keluarkan senarai Menteri Kabinet petang semalam dan pagi tadi DSD Adnan Yaakob MB pun telah keluar senarai EXCO Pahang. DS Najib dan DSD Adnan Yaakob seperti bersetuju dengan pandangan WZWH sebelum ini bahawa Jerantut tiada dalam senarai sila klik sini. WZWH amat faham perasaan penyokong-penyokong ahli-ahli politik Jerantut ada yang kecewa dan marah kerana pemimpin-pemimpin mereka tidak mendapat tempat dalam jawatan kerajaan Putrajaya dan Kuantan. Walau UMNO dan BN Jerantut yang serba kekurangan namun prestasi PRU 13 UMNO dan BN Jerantut adalah yang terbaik dalam Pahang walau kita tidak ada Menteri, Timbalan Menteri, EXCO mahu pun Senator. Kita UMNO Jerantut perlu mengucap tahniah kepada ahli-ahli politik Pahang yang lain mendapat Menteri dan EXCO. Diharap agar jawatan tinggi kerajaan ini menyemarakkan semangat UMNO dan BN dalam setiap parlimen yang kalah serta DUN-DUN kalah menang kembali PRU 14. Kepada parlimen dan DUN-DUN dalam negeri Pahang yang menang semua dan mendapat Menteri, Timbalan Menteri, dan EXCO, tahniah diucapkan semoga menambah lagi motivasi. Yang sebenarnya bila Jerantut tidak dapat apa-apa jawatan dari DS Najib dan DSD Adnan Yaakob itu adalah pengiktirafan yang paling tinggi untuk UMNO dan BN Jerantut sebab tanpa itu semua Jerantut sangat dipercayai tetap kuat dan 'fixed deposit' BN]. sumber

Panas: Pelakon Lelaki Terkenal Di Tangkap Khalwat


[Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis. Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam. "Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya. Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. Siapakah artis itu?]. sumber

Satu Jawatan Menteri Di Peruntukkan Kepada MCA !


[Jawatan Menteri Pengangkutan yang dipangku Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan diisi oleh wakil dari MCA sekiranya parti itu mengubah resolusi untuk tidak menyertai Kabinet melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun tanpa wakil dari MCA, konsep Barisan Nasional (BN) akan tetap dipegang di mana pertimbangan yang dibuat akan mengambil kira semua kaum. "Itu keputusan MCA yang akan ditentukan kemudian. Saya telah peruntukkan satu kementerian yang dipangku untuk membolehkan kementerian itu dipimpin oleh MCA (kelak) jika resolusi asal mereka diubah melalui EGM," katanya menjawab pertanyaan pemberita mengenai wakil MCA dalam Kabinet. MCA sebelum ini membuat keputusan untuk tidak menyertai Kabinet sekiranya prestasi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lebih buruk berbanding Pilihan Raya 2008. Jika MCA berniat menganggotai Jemaah Menteri, parti komponen kedua terbesar dalam BN itu perlu mengadakan mesyuarat untuk mengubah resolusi yang ditetapkan]. sumber

Raja Nazrin: Islam Utamakan Keselamatan Manusia !


[Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, Islam memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan dan keselamatan seluruh umat manusia melangkaui batasan bangsa, etnik dan agama. Titah baginda, ruang lingkup Islam yang amat luas itu merupakan asas kepada pemupukan konsep kesejahteraan sejagat termasuk memastikan keselamatan manusia di seluruh dunia. "Pembangunan, kedamaian, keselamatan, keadilan dan harga diri adalah untuk semua insan tanpa mengira bangsa, jantina dan kepercayaan. "Keseimbangan dalam memenuhi keperluan material dan rohani semua manusia akan membawa kepada kesejahteraan serta kehidupan yang sempurna," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di Kuala Lumpur hari ini]. sumber